Monday 17 October 2011

Mikropengajaran

Kemahiran Mencungkil idea
- Mencungkil idea adalah satu proses untuk memulakan idea daripada pelajar. Antara kaedah yang dapat kita gunakan adalah melalui peta konsep dan peta kartun.. ini secara tidak langung dapat mengenalpasti student prior knowledge melalui soalan atau melalui gambar yang membolehkan pelajar untuk memberi respon terhadap pembelajaran yang bakal dilakukan...

kemahiran menyoal
-menyoal juga memainkan peranan penting dalam memastikan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Mengajukan soalan ke seluruh kelas dengan soalan yang bersifat sedikit umum, kemudian berikan masa untuk pelajar berfikir(wait time)  supaya mereka dapat membina dan berfikir tentang persoalan yang dikemukakan. kemudian tanya soalan kepada pelajar secara perseorangan dan terus berikan respon dan galakan (prompting) serta peneguhan yang positif dalam diri pelajar supaya mereka merasa dihargai sekalipun jawapan yang diberikan kurang tepat kerana mereka masih belum mempunyai ilmu tentang pelajaran yang bakal dipelajari. akhir sekali, membuat satu kesimpulan dan refleksi terhadap pembeljaran dan pengajaran yang dipelajari dan satu idea, konsep atau teori dapat dirumuskan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...