Friday 18 November 2011





Monday 17 October 2011

Mikropengajaran

Kemahiran Mencungkil idea
- Mencungkil idea adalah satu proses untuk memulakan idea daripada pelajar. Antara kaedah yang dapat kita gunakan adalah melalui peta konsep dan peta kartun.. ini secara tidak langung dapat mengenalpasti student prior knowledge melalui soalan atau melalui gambar yang membolehkan pelajar untuk memberi respon terhadap pembelajaran yang bakal dilakukan...

kemahiran menyoal
-menyoal juga memainkan peranan penting dalam memastikan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Mengajukan soalan ke seluruh kelas dengan soalan yang bersifat sedikit umum, kemudian berikan masa untuk pelajar berfikir(wait time)  supaya mereka dapat membina dan berfikir tentang persoalan yang dikemukakan. kemudian tanya soalan kepada pelajar secara perseorangan dan terus berikan respon dan galakan (prompting) serta peneguhan yang positif dalam diri pelajar supaya mereka merasa dihargai sekalipun jawapan yang diberikan kurang tepat kerana mereka masih belum mempunyai ilmu tentang pelajaran yang bakal dipelajari. akhir sekali, membuat satu kesimpulan dan refleksi terhadap pembeljaran dan pengajaran yang dipelajari dan satu idea, konsep atau teori dapat dirumuskan.

Tuesday 11 October 2011

Ujian Sumatif dan Formatif


Ujian Formatif

Ujian formatif ialah ujian yang dijalankan secara berterusan, iaitu semasa pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Tujuannya ialah untuk mengenal pasti kelemahan yang wujud semasa pengajaran dan pembelajaran. Dapatan daripada ujian formatif ini akan memberi maklum balas kepada guru dan dengan itu guru dapat membaiki dari segi pengajarannya dan memberi tumpuan yang lebih pada tajuk-tajuk yang menimbul kesulitan kepada pelajar. Oleh itu ujian formatif adalah penting untuk menentukan sesuatu kursus atau program itu berkesan dan menepati matlamat yang ditentukan. Contoh ujian formatif ialah ujian yang guru beri di bilik darjah seperti ujian ringkas, kuiz, kerja rumah untuk mengetahui tahap kebolehan pelajar.


Ujian Sumatif

Ujian sumatif ialah ujian yang dijalankan di akhir sesuatu kursus atau program. Ia bertujuan untuk memperoleh maklumat  tentang pencapaian pelajar pada kursus itu, atau untuk mengetahui setakat mana keberkesanan program yang telah dijalankan itu. Ujian sumatif juga diguna untuk tujuan persijilan. Contoh ujian sumatif ialah ujian pada peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM.

Energy: We can't live without it


Saturday, May 30, 2009
Ruchi Singhal
Special to The Times
We need energy for our bodies, our homes, our cars, and our work. Our bodies run on food, our children's toys run on batteries, our cars run on fuel, and our home runs on electricity and gas.
Food, batteries, fuel, gas and electricity all have their own long, potentially destructive process before we are able to use them. We are just beginning to realize how to change that process. There are alternative methods for powering our everyday needs. Renewable energy is one such alternative.
Currently, most of our energy is not renewable, meaning it is being mined or drilled from a finite source. Our power supply is mainly generated from coal and our fuel supply is mainly from petroleum.
Some renewable alternatives to traditional power sources such as coal, nuclear and gas would be solar, wind, hydro, and biomass. New achievements are being made into the cost and productivity of solar panels and wind turbines, making them some of the most popular choices for renewable energy. Biomass is a new energy source utilizing woody waste converted to gas at through combustion, pyrolysis, or digestion.
Transportation is a critical part of our American culture. Up until recently, fuel was an affordable expenditure, but with the prices of oil rising from unfriendly nations, we are all looking for new ideas on transportation.
There is an increase in sales in more fuel efficient vehicles and also biofuels. Biofuels are made from agricultural sources unlike petroleum based fuels, which is why they are considered renewable energy.
The two known biofuels are ethanol and biodiesel. Ethanol can be made from corn, potatoes, sugar cane, and even corn stalks. Alabama is agriculturally blessed with climate for sweet potato and sorghum, which are even more efficient than traditional ethanol feedstocks.
Vehicles can run on 10% ethanol (E10), but flex-fuel vehicles can run on up to 85% ethanol (E85). Biodiesel is made by chemically processing various oils or fats. Soybean, peanuts, canola, used fryer grease, animal fats, and even algae are just some possible feedstocks for biodiesel. All diesel engines can run on biodiesel with few problems....

Model Pembelajaran Inkuiri


Inkuiri berasal dari kata to inquire yang bererti ikut serta, atau terlibat, dalam mengajukan pertanyaan-pertanyaan, mencari informasi, dan melakukan penyelidikan. Ia menambahkan bahwa pembelajaran inkuiri ini bertujuan untuk memberikan cara bagi siswa untuk membangun kecekapan-kecekapan intelektual (kecekapan berfikir) berkaitan dengan proses-proses berfikir reflektif. Jika berfikir menjadi tujuan utama dari pendidikan, maka harus ditemukan cara-cara untuk membantu individu untuk membangun kemampuan itu.
Sanjaya (2008;196) menyatakan bahwa  ada beberapa hal yang menjadi ciri utama strategi pembelajaran inkuiri. 

Pertama, strategi inkuiri menekankan kepada aktiviti siswa secara menyeluruh untuk mencari dan menemukan, ertinya pendekatan inkuiri menempatkan siswa sebagai subjek belajar. Dalam proses pembelajaran, siswa tidak hanya berperan sebagai penerima pelajaran melalui penjelasan guru secara verbal, tetapi mereka berperanan untuk menemui sendiri inti dari material pelajaran itu sendiri.
Kedua, seluruh aktiviti yang dilakukan siswa diarahkan untuk mencari dan menemukan sendiri dari sesuatu yang dipertanyakan, sehingga diharapkan dapat menumbuhkan sikap percaya diri (self belief). Ertinya dalam pendekatan inkuiri menempatkan guru bukan sebagai sumber belajar, akan tetapi sebagai fasilitator dan motivator belajar siswa. Aktviti pembelajaran biasanya dilakukan melalui proses soal jawab antara guru dan pelajar, sehingga kemampuan guru dalam menggunakan teknik bertanya merupakan syarat utama dalam melakukan inkuiri.
Ketiga, tujuan dari penggunaan strategi pembelajaran inkuiri adalah mengembangkan kemampuan intelektual sebagai bahagian dari proses mental, akibatnya dalam pembelajaran inkuiri siswa tidak hanya dituntut agar menguasai pelajaran, akan tetapi bagaimana mereka dapat menggunakan potensi yang dimilikinya.

Friday 7 October 2011

Apakah itu teknologi???


Definisi teknologi
Mengikut Galbraith (1967) ‘technology is the systematic application of scientific or other organised knowledge to practical tasks’. Systematic application bermaksud teknik yang digunakan harus ada kerangka reka bentuk untuk menghasilkan satu ‘total system’ pengajaran-pembelajaran. Application of scientific knowledge  bermaksud teknik harus menggunakan (teori) yang telah diuji dan didapati berjaya dan aplikasinya telah disahkan melalui ujian.  Kerangka atau templat yang dihasilkan melalui ujian perlu distruktur supaya guru dapat mengggunakan pola instruksional berulang kali. 
Selain pandangan di atas, teknologi mengikut Finn (1960) Heinich, Molenda dan Russell (1989) dan Romizowski (1988) membawa dua maksud:
·         Teknologi sebagai proses: Penggunaan pengetahuan sains dan lain-lain cabang ilmu untuk menghasilkan tugasan-tugasan pembelajaran yang praktikal. Suatu proses ke arah penyelesaian kepada masalah-masalah dengan menggunakan teknik, kaedah, reka bentuk atau alat yang berkesan dan teruji.
·         Teknologi sebagai produk atau bahan: Penghasilan perkakasan dan perisian hasil dari proses-proses teknologi itu sendiri. Contohnya, projektor (perkakasan) dan film, (perisian) adalah hasil teknologi.

Penjelasan teknologi sebagai proses dan produk ini sama seperti yang dimaksudkan oleh Saettler (1968, 1990) iaitu teknologi bukan bererti penggunan mesin sahaja, tetapi meliputi teknik penggunaan pengetahuan saintifik. Bagi Saettler (1990), teknik lebih penting daripada produk kerana untuk menghasilkan sesuatu memer­lukan proses. Proses pula perlu dilihat dalam konteks menggunakan kaedah atau teknik untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran.



Definisi teknologi  pengajaran

Tumpuan kepada beberapa definisi teknologi pengajaran dari tahun 1960an hingga kepada tahun 1994 yang di sarankan oleh Seels dan Richey dan Jawatan Kuasa Association for Educational Technology (1994) dan Reiser dan Dempsey (2002).

‘Instructional technology is the theory and practice of design, development, utilization, management and evaluation of processes and resources for learning’ (Seels dan Richey, 1994, p.1)

Penjelasan lima domain dalam definisi teknologi pengajaran atau teknologi instruksional meliputi teori dan malan reka bentuk, pengembangan, penggunaan, pengurusan dan penilaian proses dan sumber untuk pembelajaran.

Tuesday 13 September 2011

Jom berkenalan dengan tenaga nuklear

Macam pelik je bunyinya. Nak berkenalan dengan tenaga nuklear???


Hmm, memang pelik, tapi di sebalik sesuatu yang pelik itulah timbulnya satu isu yang hebat didebatkan sekarang.. Mana tidaknya, dek kerana tenaga inilah yang membawa banyak kemusnahan...

      Jap2, sebenarnya, kita nak berkenalan dulu kan.. ye la, kalau enjin kereta tak panas lagi mana boleh berjalan jauh.. Lagipun pepatah melayu ada menyatakan tak kenal maka tak cinta... Bukanlah kita nak bercinta tapi untuk memahami dan mengetahui apa yang hebat diperkatakan sekarang ini..

   Baik,apa yg dimaksudkan tenaga... Kalau orang biasa dia kata tenaga tu macam dalam tubuh... Contohnya dia dah tak de tenaga nak bangun dari kerusi tu sebab dah terlalu uzur.. kalau orang ada yang tahu sikit dia kata tenaga tu macam macam ada (macam ASTRO la pulak).... ada tenaga elektrik, ade tenaga yang berpusing (kinetik)... pada hakikatnya semua betul... bukan nak membezakan golongan manusia, cuma itu pendapat dan pengetahuan...

   Camne pulak nuklear??? Apa yang dimaksudkan dengan nuklear???  dari http://www.thefreedictionary.com, Physics Of or relating to atomic nuclei: a nuclear chain reaction. maksudnya berkaitan nukleus atom. atom adalah satu zarah yang kecil.. (bnyk pendapat tentang atom)... manakala dari lawan sesawang  http://www.merriam-webster.com/dictionary    a : of or relating to the atomic nucleus <nuclear reaction> <nuclear physics> b : used in or produced by a nuclear reaction (as fission) <nuclear fuel> <nuclear waste> <nuclear energy>.. makna hampir sama iaitu berkaitan nukleus dalam atom dan maksud yang kedua ialah digunakan atau dihasilkan dari tindakbalas nuklear..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...